IPOH – Dua daripada enam penerbangan yang dijadualkan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini terpaksa dibatalkan pada petang ini disebabkan jerebu. Pengurus LTSAS, Mohd Ali Osman berkata, penerbangan yang dibatalkan melibatkan laluan Johor Bahru-Ipoh-Johor Bahru dari syarikat penerbangan Malindo Air dan laluan Singapura-Ipoh-Singapura dari syarikat penerbangan tambang murah Singapura, FlyScoot. “Jarak penglihatan adalah 2,500 meter setakat pukul 5.50 petang ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.…









