KUALA LUMPUR – Kira-kira dua juta topeng penutup hidung dan mulut telah diedarkan kepada pelajar di kawasan yang mengalami jerebu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini. Beliau berkata, kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengedarkan 500,000 keping topeng tersebut di Sarawak manakala 1.5 juta keping di negeri-negeri lain yang terlibat. Katanya lagi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)…










