Kelvin kini Pengarah Urusan Kumpulan Matrix Concepts baharu

Kelvin kini Pengarah Urusan Kumpulan Matrix Concepts baharu

KELVIN LEE CHIN CHUAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kelvin kini Pengarah Urusan Kumpulan Matrix Concepts baharu

ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

[email protected]

PETALING JAYA: Lembaga Pengarah Matrix Concepts Holdings Berhad telah meluluskan pelantikan Kelvin Lee Chin Chuan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan yang baharu, berkuat kuasa 1 Jun 2026.

Matrix Concepts berkata, Kelvin Lee memiliki Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan Awam dari University of Melbourne dan memulakan kerjaya sebagai jurutera struktur bersama AECOM Malaysia. 

Ujarnya, Kelvin pernah menyertai Matrix Concepts pada Mei 2018 hingga Mac 2021 dan beliau terlibat dalam operasi pembangunan dan pelaksanaan projek kumpulan tersebut.

“Selepas meninggalkan organisasi selama empat tahun bagi memperluaskan pengalaman industri, beliau kembali menyertai Matrix Concepts pada April 2025 sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan.

“Sejak kembali, beliau memainkan peranan penting dalam memperkukuh hala tuju strategik serta struktur organisasi kumpulan, dengan penekanan kepada pendekatan pembangunan bandar bersepadu dan berasaskan ekosistem. 

“Antara inisiatif utama di bawah kepimpinan beliau termasuk kerjasama dengan Golog Holdings Sdn. Bhd. bagi pembangunan Projek Kerjasama Pusat Dua Hala ‘China-Malaysia Air Silk Road Dual Hub Industrial Park’ di MVV TechValley, yang dijangka mengukuhkan lagi kedudukan Negeri Sembilan sebagai hab logistik dan perindustrian baharu,” katanya dalam kenyataan.

Kumpulan itu turut memperluaskan portfolio kesihatan melalui kerjasama dengan Alpro Group dan Mercy Senior Care Centre untuk membangunkan fasiliti penjagaan kejururawatan berkemahiran di Suria Heights, Bandar Sri Sendayan. 

“Fasiliti tersebut akan menyediakan perkhidmatan penjagaan jangka panjang, pemulihan serta penjagaan warga emas dalam persekitaran berstruktur dan profesional.

“Selain inisiatif luar, Kelvin Lee turut memberi tumpuan kepada penambahbaikan struktur dalaman organisasi termasuk penyelarasan tanggungjawab serta pengukuhan disiplin pelaksanaan bagi menyokong model operasi yang lebih mampan dan berskala,” katanya.

Dalam pada itu, Kelvin berkata, Matrix Concepts kekal berpegang kepada falsafah asas penubuhannya iaitu mewujudkan persekitaran yang memperkayakan kehidupan, meskipun keperluan terhadap kualiti dan integrasi pembangunan terus berubah.

“Matrix Concepts dibina atas falsafah mudah, mewujudkan persekitaran yang memperkayakan kehidupan. Asas itu kekal tidak berubah,” katanya.

Menurut beliau, tumpuan masa depan adalah untuk memperkukuh ekosistem bandar yang menggabungkan elemen kediaman, pendidikan, kesihatan dan gaya hidup secara lebih holistik.

“Pertumbuhan mampan bergantung kepada keupayaan organisasi melaksanakan strategi dengan berkesan serta memastikan penyelarasan yang jelas dalam sebuah entiti tersenarai,” katanya.

Pelantikan ini dibuat ketika Matrix Concepts menyambut ulang tahun ke-30 penubuhannya tahun ini, yang mencerminkan tiga dekad pembangunan bandar berterusan sejak diasaskan pada 1996 oleh Pengasas dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Lee Tian Hock.

Kumpulan itu berkata, fokus masa depan adalah untuk memperkukuh ekosistem bandar bersepadu sambil meneruskan pembangunan jangka panjang berasaskan nilai dan disiplin pelaksanaan yang konsisten.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN