Majlis Syura Ulama tentukan hubungan Pas-Bersatu

Majlis Syura Ulama tentukan hubungan Pas-Bersatu

MOHD. AMAR NIK ABDULLAH 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Majlis Syura Ulama Pas akan membuat keputusan mengenai hubungan kerjasama antara parti itu dengan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, sebarang keputusan itu akan dibuat selepas laporan tersebut dibentangkan kepada Majlis Syura Ulama.

“Dari situlah keputusan akan dibuat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Ibadah Korban Jama’ie Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu sedang meneliti semula hubungan dan kerjasama dengan Bersatu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Abdul Hadi berkata, semua aspek melibatkan hubungan antara kedua-dua parti dalam Perikatan Nasional (PN) dikaji secara menyeluruh berdasarkan pengalaman pilihanraya lalu.

Bagaimanapun menjelaskan, Pas akan memgambil pendekatan berhati-hati dan tidak mahu membuat keputusan terburu-buru, sungguhpun mengakui tahap kesabaran parti itu ada batasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN