PONTIAN 21 Sept. – Jenazah Datuk Dr. Md Farid Md Rafik yang meninggal dunia awal pagi tadi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Sheikh Haji Ahmad Kampung Chokoh, Serkat, dekat sini, kira-kira 5.30 petang. Kira-kira 300 orang termasuk masyarakat sekitar Pontian, ahli keluarga dan sanak saudara arwah menghadiri pengebumian tersebut. Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Jamek Dato Noh Gadut Serkat, Kampung Serkat untuk disolatkan. Hadir menziarahi jenazah di…










