LIPIS 24 Sept. – Kementerian Pendidikan akan mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi meneliti aspek pendidikan melibatkan masyarakat Orang Asli. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, Jawatankuasa Khas Pendidikan Orang Asli itu akan melihat pendekatan dan kaedah terbaik dalam memartabatkan pendidikan dalam kalangan masyarakat berkenaan. “Kementerian dalam peringkat menubuhkan satu jawatankuasa bagi meneliti semua aspek melibatkan pendidikan Orang Asli termasuk meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah dan menyelesaikan isu berkaitan pengangkutan…










