KHARKIV, Ukraine 19 Sept. – Pep Guardiola menegaskan, dia tidak pernah meragui kemampuan Manchester City menangani krisis kecederaan selepas membenam Shakhtar Donetsk 3-0 dalam aksi pertama Liga Juara-Juara di tempat lawan hari ini. Guardiola terpaksa meletakkan Fernandinho di pertahanan tengah bagi mengisi ketiadaan Aymeric Laporte dan John Stones yang bergelut dengan kecederaan. Bintang tengah Brazil itu memainkan peranan baharunya dengan baik, malah membantu City meledak dua gol pada babak pertama…










