ALOR SETAR 28 Sept.- Meskipun mempunyai kelebihan satu jaringan dan beraksi di laman sendiri, Kedah tidak boleh mengambil mudah perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC, esok. Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Mohd. Asmirul Anuar Aris berkata pemain Kedah tidak boleh terlalu yakin walaupun berkelebihan satu gol kerana ia tidak bermakna sekiranya mereka lalai. “Selain fokus 100 peratus, para pemain perlu mempamerkan…










