NEW YORK – Dengan jadual padat, ternyata Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menjadi individu yang sibuk apabila berada di bandar ini dari 24 hingga 28 September ini bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Sesi ke-74 apabila pemimpin dunia berkumpul untuk perhimpunan diplomatik tahunan itu. Memimpin delegasi Malaysia ke UNGA 2019, diari perdana menteri untuk beberapa hari ini dipenuhi dengan mesyuarat peringkat tinggi dengan pemimpin lain, menghadiri acara yang…










