LIVERPOOL 1 Sept. – Richarlison meledak dua gol manakala Alex Iwobi membuka akaun jaringannya bersama Everton dalam Liga Perdana Inggeris ketika membantu The Toffees menumpaskan Wolverhampton 3-2 di Goodison Park, hari ini. Pemain sayap Nigeria itu yang dibeli daripada Arsenal pada harga 34 juta pound (RM174 juta), bulan lalu menanduk gol kedua tuan rumah pada minit ke-12. Terdahulu, Richarlison meletakkan Everton di depan seawal minit kelima, namun pasukan pelawat pantas…










