RAMAI masih kurang memahami pengertian sebenar iddah dan pantang larang yang wajib diikuti sehinggakan ada yang mengecam tindakan wanita bersolek cantik ketika dalam tempoh tersebut. Hakikatnya, bersolek dan berhias cantik semasa iddah adalah digalakkan bagi wanita yang diceraikan dengan talak raj’ie iaitu talak satu dan talak dua. Walau bagaimanapun, ia dengan syarat dilakukan untuk suaminya bagi membangkitkan kembali keinginan suami untuk rujuk semula dengan si isteri. Pendakwah bebas, Nurul Syafiqah…










