Insiden tembakan rambang berlaku lagi di Texas - Utusan Malaysia

Insiden tembakan rambang berlaku lagi di Texas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEXAS 1 Sept. – Sekurang-kurangnya lima orang terkorban dalam satu insiden tembakan rambang di negeri ini. Lapor BBC, seorang lelaki menembak ke arah orang ramai ketika memandu di bandar Odessa dan Midland pada tengah hari semalam. Jurucakap polis turut mengesahkan sekurang-kurangnya 30 lagi cedera dan beberapa anggota polis antara yang tercedera. Polis juga mengesahkan suspek ditembak mati namun laporan mengenai terdapat seorang lagi suspek yang masih bebas, sedang disiasat. Motif kejadian juga masih disiasat. – AGENSI

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN