Elektrifikasi antara tumpuan Black & Veatch

Elektrifikasi antara tumpuan Black & Veatch tangani pelepasan karbon

ANAND Pattani bercakap dalam sesi dialog ‘Reinventing Refineries for a Lower Carbon Future’ sempena Energy Asia 2025 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC) semalam.-UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat kejuruteraan global, Black & Veatch mengenal pasti elektrifikasi, penangkapan karbon dan bahan api lestari sebagai tiga pendekatan utama yang sedang diteroka oleh loji penapisan bagi mengurangkan pelepasan karbon aset sedia ada.

Naib Presiden dan Pengarah Urusan bagi segmen International Energy Major syarikat itu, Anand Pattani berkata, pihaknya menyaksikan usaha berterusan pemain tenaga untuk memastikan operasi penapisan sedia ada kekal relevan dalam jangka panjang, di sebalik tekanan untuk mengurangkan pelepasan karbon dan meningkatkan kelestarian.

“Sebagai kontraktor kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) yang bekerjasama dengan pelbagai klien, daripada pemaju, syarikat tenaga utama hingga utiliti dan maklumat yang kami peroleh adalah berdasarkan data sebenar daripada projek global kami,” katanya

Beliau berkata demikian ketika sesi selari bertajuk Reinventing Refineries for a Lower Carbon Future sempena Energy Asia 2025 di sini. 

Menurut Pattani, elektrifikasi operasi penapisan, sekiranya boleh dilaksanakan, kekal sebagai keutamaan, terutamanya dengan pengintegrasian tenaga boleh diperbaharui bagi mengurangkan intensiti karbon.

Katanya, trend kedua  ialah penerapan penyelesaian penangkapan karbon, namun ia hanya boleh dilaksanakan sekiranya loji penapisan berada dalam ekosistem yang mempunyai infrastruktur sokongan seperti pengangkutan dan penyimpanan karbon.

“Akhir sekali, kami melihat pengenalan produk baharu seperti bahan api penerbangan lestari (SAF) atau biofuel yang berkembang secara perlahan tetapi konsisten.

“Ini merupakan antara trend awal yang sedang diteroka oleh loji penapisan di seluruh dunia sebagai pilihan pelaksanaan yang berdaya maju,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN