PERLINDUNGAN. Kira-kira 80 sukarelawan menyertai program menyelamatkan kucing jalanan yang berlangsung di sekitar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor semalam. Program Catch A Cathon: Relocation and Adoption Event itu dianjurkan Kelab Abu Hurairah, sebuah kelab penyelamat haiwan dengan kerjasama klinik veterinar Maya dan Mama Cat Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Penasihat kelab, Zarinah Jan Yusof Khan berkata, program itu menyasarkan untuk menyelamatkan 30 sehingga 40 ekor kucing jalanan di sekitar…










