JAKARTA – Indonesia menghantar pulang beratus-ratus kontena sisa buangan tercemar ke Barat selepas kargo sepatutnya mengandungi plastik kitar semula didapati menyembunyikan bahan berbahaya, kata beberapa pegawai kastam. Daripada lebih 2,000 kontena yang diperiksa oleh pihak berkuasa di empat buah pelabuhan antara Julai hingga pertengahan September ini, hampir 550 didapati mengandungi bahan berbahaya atau sisa bukan plastik. Lebih 300 kontena telah dihantar pulang, kata beberapa pegawai. “Import sisa buangan bercampur sampah…










