KUALA LUMPUR 1 Sept. – Menjelang pertemuan menentang Malaysia di Jakarta, Khamis depan, jurulatih Indonesia, Simon McMenemy diasak dengan pertanyaan daripada wartawan tempatan apakah dia percaya Garuda mampu melakar sejarah menjadi negara Asia Tenggara pertama beraksi dalam Piala Dunia di Qatar 2022. Jurulatih kelahiran Scotland itu bagaimanapun membalas soalan tersebut dengan pertanyaan ringkas: “Kalau soalan itu ditanya kepada kamu, cuba bersikap jujur kepada diri sendiri. Apakah kamu yakin Indonesia akan…










