PARIS 18 Sept. – Penyerang ‘buangan’ Inter Milan, Mauro Icardi bakal menjadi sandaran Paris Saint-Germain (PSG) apabila melayani kunjungan juara Eropah 13 kali, Real Madrid dalam aksi pembukaan Kumpulan A, Liga Juara-Juara awal pagi nanti. Ketiadaan trio serangan Neymar, Edinson Cavani dan Kylian Mbappe menyebabkan gergasi bola sepak Perancis itu juga terpaksa menurunkan Bekas penyerang Stoke, Eric Choupo-Moting dalam kesebelasan utama. Neymar, 27, yang meledak gol cantik ketika membuat penampilan…










