TIADA larangan kepada umat Islam untuk berbuat baik kepada bukan Muslim dengan akhlak terpuji dan tidak memusuhi mereka. Firman Allah SWT bermaksud: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.” (al-Mumtahanah: 8) Islam amat menitikberatkan hubungan yang harmoni sesama manusia walaupun berlainan agama dan…










