IPOH 1 Sept. – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan semua pihak agar menghentikan segala perbuatan menyalakan api perkauman dan meniupkan bara permusuhan antara agama di negara ini. Baginda menegaskan, provokasi keterlaluan yang dilihat dan ditafsirkan secara negatif menurut dimensi kaum dan agama adalah ibarat bom jangka yang menanti masa untuk meletup. Sehubungan itu baginda bertitah, suhu panas tersebut wajib diturunkan kerana keadaan itu amat tidak sihat malah meletakkan negara dalam zon bahaya yang mencemaskan. “Pelbagai provokasi secara keterlaluan dilapor dilakukan antaranya meletak patung dan melemparkan daging khinzir di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya