PULAU PINANG 24 Sept. – Polis meminta orang ramai tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi mengenai kejadian amuk dan tetak yang menyebabkan dua maut dan seorang cedera dalam kejadian di sebuah kilang di Bayan Lepas, di sini petang semalam. Ketua Polis negeri, Datuk T. Narenasagaran berkata, polis kini masih mengenal pasti motif sebenar suspek iaitu lelaki berusia 25 tahun bertindak menetak dua rakan sekerjanya dalam kejadian tersebut. Kata beliau, pihaknya…










