IPOH – Seorang guru lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta sebelum dia melambung dan terjatuh di atas but kereta tersebut dalam satu kemalangan di Jalan Jelapang, Chepor di sini pagi tadi. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pada pukul 8 pagi itu, mangsa, Mohd. Hanafe Ramli, 33, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Difahamkan, mangsa merupakan seorang guru sesi petang di Sekolah Menengah…










