MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menganggap kejayaan pasukan itu membelasah Watford 8-0 pada aksi Liga Perdana England di Etihad kelmarin sebagai tidak normal dan aneh. Pada aksi tersebut The Citizens mendahului perlawanan dengan lima gol dalam tempoh hanya 18 minit. Ia sekali gus menjadi sejarah baharu dengan jumlah jaringan yang diperoleh dan dalam tempoh tersebut di Liga Perdana England. Lima gol itu masing-masing diperoleh menerusi oleh David Silva,…










