PUTRAJAYA 30 Sept – Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang SeMalaysia (GTSM) berpaling ke saluran Majlis Senator Malaysia untuk membawa isu yang melanda industri teksi negara ke Dewan Negara. GTSM melalui Yang Dipertuanya, Kamarudin Mohd Hussain hari ini menyerahkan memorandum yang mengandungi tujuh tuntutan dengan matlamat memartabatkan kembali industri teksi negara kepada Presiden Majlis Senator Malaysia, Datuk Seri Khairudin Abd Samad pada satu majlis di sini.…










