SUNGAI SIPUT – Lebih 500 masyarakat setempat merangkumi pelbagai kaum dan agama hadir menjayakan majlis gotong-royong memasak bubur asyura di pekarangan Masjid India Muslim Sungai Siput Utara di sini semalam. Pengerusi program yang juga Setiausaha Masjid India Muslim, Jamaludeen Ali berkata, aktiviti julung kali diadakan itu bertujuan untuk menunjukkan kepada orang ramai semangat perpaduan dan keamanan yang diamalkan di dalam negara ini. “Sejak 60 tahun lalu, masyarakat pelbagai kaum dan…










