MACHANG 19 Sept. – Polis percaya dapat menyelesaikan kes pecah rumah serta kecurian di daerah ini dengan tumpasnya Geng Ise dan Geng Jewey dengan nilai rampasan keseluruhan bernilai RM30,000 dalam Op Pintu yang dilaksanakan sejak awal bulan ini. Dalam serbuan kira-kira pukul 6.30 pagi, 1 September lalu, polis menangkap dua lelaki dipercayai Geng Ise di Paloh Rawa di sini serta seorang rakan mereka di Taman Kota Harmoni, Tanah Merah. Ketiga-tiga…










