KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda di Java, Indonesia pada 3.06 petang ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia pusat gempa itu terletak 134 kilometer (km) barat laut dari Surabaya, Indonesia, pada kedalaman 652 km. Bagaimanapun, ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. – Bernama










