IPOH 30 Sept. – Perselisihan faham dipercayai menjadi punca sekumpulan lelaki bertindak membakar sebuah motosikal di perkarangan sebuah rumah di Jalan Kledang Utara, Taman Gamelan Menglembu di sini semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohamad Nordin Abdullah berkata, kejadian pada pukul 9.30 malam itu melibatkan kebakaran sebuah motosikal jenis SYM milik seorang lelaki berusia 53 tahun yang bekerja sebagai pemandu teksi. Katanya, perbuatan kumpulan lelaki tersebut telah dilihat jiran mangsa…










