KUALA LUMPUR 30 Sept. – AmInvestment Bank Bhd mengekalkan saranan ‘beli’ terhadap Sapura Energy Bhd pada nilai tidak berubah 50 sen, berdasarkan jangkaan bahawa penyedia perkhidmatan minyak dan gas bersepadu itu akan berada pada aliran meningkat, susulan peningkatan jumlah bidaan bagi kontrak. Dalam nota penyelidikan, ia berkata, bidaan Sapura kini meningkat 26 peratus suku ke suku (QoQ) kepada AS$8.6 bilion (RM36.01 bilion) dengan prospek tambahan tender meningkat sebanyak 16 peratus…










