SHAH ALAM 2 Sept. – Fenomena air laut pasang besar yang melanda pesisir pantai Selangor hari ini dilaporkan terkawal dan tiada sebarang limpahan air berlaku. Tinjauan di jeti nelayan Telok Gong, Pelabuhan Klang dekat sini kira-kira pukul 8 pagi tadi mendapati keadaan laut di sekitarnya agak tenang dengan cuaca yang cerah serta tiada limpahan air laut berlaku. Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor ketika dihubungi memberitahu keadaan ban di kawasan pesisir…










