BARCELONA 23 Sept. – Barcelona dilihat tidak ragu-ragu dengan keupayaan Ansu Fati yang kian menyerlah, sekali gus memberi ruang kepada pemain muda itu untuk beraksi lebih banyak pada musim ini. Lahir daripada produk Akademi La Masia di samping Ilaix Moriba, Fati, 16, ada seketikanya telah berada dalam radar skuad senior. Ernesto Valverde memberikan kepercayaan kepada pemain muda itu untuk diturunkan selepas Ousmane Dembele mengalami kecederaan. Fati muncul pemain termuda skuad…










