KUALA LUMPUR 24 Sept. – Presiden (Persatuan Bolasepak Malaysia) FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin, hari ini mengetuai delegasi badan induk tersebut untuk melakukan kunjungan hormat ke atas Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM) di Akademi Merah Kuning, Shah Alam. Kunjungan hormat itu bertujuan menerangkan secara jelas dan terperinci mengenai perancangan masa depan FAM menerusi peta hala tuju F:30 serta elemen utama ke arah mencapai misi itu, terutama dari segi kerjasama persatuan…










