SEPANG – Polis menembak mati empat lelaki bersenjatakan pistol dan parang dipercayai anggota Geng Sree yang terlibat dalam kegiatan samun di sebuah rumah di Taman Segar Perdana, Cheras hari ini. Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, keempat-empat lelaki warganegara tempatan itu mati sewaktu berlaku kejadian berbalas tembakan antara mereka dan anggota polis di kawasan tempat letak kereta di sebuah kondominium di Cyberjaya di sini. Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam…










