LONDON 2 Sept. – Arsenal dipaksa bangkit daripada ketinggalan dua gol sebelum mengikat Tottenham 2-2 dalam pertarungan sengit derby ‘London Utara’ di Emirates hari ini. Pierre-Emerick Aubameyang muncul penyelamat Gunners dengan meledak gol penyamaan pada minit ke-71, sekali gus mengelakkan anak-anak buah Unai Emery daripada mengalami kekalahan kedua berturut-turut. Kedua-dua pasukan gagal bertahan dengan baik, dan Spurs menurunkan pertahanan tengah Belgium, Jan Vertonghen buat kali pertama musim ini manakala Davinson…










