KETUA Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berharap situasi lambat panas tidak berulang lagi selepas menyaksikan anak-anak buahnya tewas 0-1 kepada Jordan pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kelmarin. Pada aksi tersebut, skuad negara terpaksa akur dengan kehebatan pasukan dari Asia Barat itu yang meraih gol seawal minit ke-7 menerusi jaringan Saeed Murjan meskipun ada usaha bangkit untuk mengikat kedudukan sebelum keputusan kekal sehingga…









