KUALA LUMPUR 23 Sept. – Syarikat perkhidmatan prasarana telekomunikasi bersepadu, edotco Group Sdn. Bhd. memasuki pasaran Filipina menerusi perkongsian ekuiti dengan ISOC Infrastructure Inc (ISOC). Syarikat itu dalam kenyataannya berkata, di bawah perkongsian tersebut ISOC akan menjadi anak syarikat edotco dan mulai dari sekarang akan dikenali sebagai ISOC edotco Towers Inc.. Edotco berkata, ia merancang untuk melabur sehingga AS$100 juta (RM418.54 juta) dalam pasaran Filipina bagi tempoh tiga hingga lima…










