KUALA LUMPUR 30 Sept. – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mahu menumpukan untuk mewujudkan lebih banyak aktiviti ekonomi dalam projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) daripada mengkaji semula kos projek itu, kata Timbalan Menteri, Dr. Ong Kian Ming hari ini. “Kami mahu melihat kepada bagaimana untuk meningkatkan aktiviti ekonomi dan memperhalusi perancangan yang ada dalam memorandum perjanjian (MoA) antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan China Communications Construction Co. Ltd.…










