KOTA KINABALU 4 Sept.- Polis menembak mati dua penjenayah dipercayai warga asing di perairan Sahabat 2 Lahad Datu di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, sepasukan pegawai dan anggota polis yang membuat rondaan di perairan tersebut telah mengesan dua buah bot dalam keadaan mencurigakan. Berikutan itu, anggota polis terlibat kemudiannya membuat pintasan dalam keadaan lampu biru dinyalakan dan siren dibunyikan sebelum suspek secara tiba-tiba melepaskan tembakan…










