PASIR PUTEH – Dua keluarga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Cherang Ruku, dekat sini, yang mengalami kerosakan rumah akibat ribut menerima bantuan menerusi derma kilat oleh warga sekolah itu. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Norihan Mat Ghani berkata, dalam kejadian ribut pada pukul 6 petang 14 September lalu hampir keseluruhan atap rumah diterbangkan angin. Menurutnya, derma hasil pungutan guru, kakitangan dan sumbangan ibu bapa menerusi anak-anak disampaikan kepada ibu bapa murid…









