PULAU PINANG 24 Sept. – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri menahan dua buah bot tempatan kelas B jenis pukat kenka dua bot yang disyaki sedang menunda ikan secara berpasangan di perairan Tanjung Piandang, Perak, tengah hari semalam. Pengarah Maritim negeri, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, bot kenka tersebut ditahan pukul 12.25 tengah hari ketika sedang menangkap ikan di kedudukan 6.7 batu nautika dari Barat Tanjung Piandang. Menurut beliau,…










