NEW YORK 2 Sept. – Pemain pilihan pertama yang juga juara bertahan, Novak Djokovic dari Serbia terkeluar daripada saingan Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas menarik diri di pertengahan permainan pusingan keempat akibat cedera. Ketika itu Djokovic sedang menentang pemain pilihan ke-23 dari Switzerland, Stan Wawrinka dan ketinggalan 4-6, 5-7, 1-2 sebelum terpaksa menerima rawatan di bahagian bahu kirinya seterusnya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan permainan. “Tiada siapa mahu menamatkan perlawanan…










