HARI Kebangsaan memang dinanti-nanti oleh pelbagai pihak. Kita bertuah kerana pelbagai bangsa di negara kita sama-sama menyambut ulang tahun hari kebangsaan setiap tahun dengan pelbagai acara menarik terutamanya yang bertemakan semangat cinta akan tanah air. Bermula dengan sekecil-kecil Jalur Gemilang yang dibeli oleh kanak-kanak kemudian mengibarnya sambil menunggang basikal, itu adalah lambang semangat cinta akan tanah air yang tertanam dalam jiwa generasi awal walaupun mereka bukannya faham sangat makna kemerdekaan.…










