KUALA LUMPUR 3 Sept. – Tiada istilah ‘rakan’ diberikan oleh Nor Azam Azih kepada Saddil Ramdani apabila masing-masing mendukung cabaran Malaysia dan Indonesia dalam pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Khamis ini. Dalam aksi di Stadium Bung Karno, Jakarta itu nanti, dua rakan sepasukan dalam skuad Pahang tersebut bakal berseteru. Azam menyasarkan untuk membawa pulang tiga mata penuh ketika Harimau Malaya membuka tirai Kumpulan G. “Satu kelebihan buat…










