ISTANBUL 29 Sept. – Datuk Bandar Istanbul daripada pembangkang, Ekrem Imamoglu mendakwa tidak dijemput ke mesyuarat mengenai langkah diambil selepas dilanda gempa dengan magnitud 5.7 minggu ini. Menurutnya, dia tidak menghadiri mesyuarat tersebut kerana tidak dijemput. “Saya menyeru kepada pihak berkuasa negara bahawa pilihan raya telah tamat dan berada dibelakang kita. “Keutamaan kepada saya adalah gempa bumi dan mari kita mencari penyelesaian bersama-sama,” katanya. Gempa itu berpusat di bandar Silivri…










