ROM 1 Sept. – Jurulatih Itali, Roberto Mancini memanggil pertahanan Inter Milan, Danilo D’Ambrosio untuk menggantikan bek kiri Juventus, Mattia De Sciglio untuk menghadapi Armenia dan Finland dalam kelayakan Euro 2020 minggu depan. De Sciglio, 26, mengalami masalah otot ketika membantu Juventus mengalahkan Napoli 4-3 semalam. Mancini sudahpun berdepan isu kecederaan yang memaksanya mengetepikan kapten Juventus, Giorgio Chiellini, 35. Itali akan berdepan Armenia di Yerevan pada Khamis ini, sebelum bertandang…









