TUMPAT 18 Sept. – Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini menjadi lokasi bulan madu buat sepasang pengantin baharu selepas dicekup bersama dadah, ubat batuk dan air ketum di Kampung Bunohan, dekat sini pada pukul 2.30 pagi tadi. Pasangan suami isteri berusia 40 dan 38 tahun yang mendirikan rumah tangga Khamis lalu itu dicekup pasukan narkotik IPD Tumpat. Ketua Polis Daerah Superintenden Ab. Rashid Mat Daud berkata, rampasan itu membabitkan…










