JAKARTA 4 Sept. – Penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha merupakan satu-satunya pemain dalam skuad negara terkini yang pernah merasai detik cemas menaiki kereta perisai sewaktu Malaysia menjulang Piala AFF menewaskan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno di sini, sembilan tahun lalu. Pengalaman dikepung penyokong tuan rumah dan dibaling objek keras yang dilalui Norshahrul ketika beraksi pada final berintensiti tinggi itu, amat ditagih jurulatih negara Tan Cheng Hoe dalam aksi sulung…










