PUTRAJAYA 25 Sept. – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengkaji dan meneliti mekanisme pelaksanaan cadangan mewujudkan bank data asid deoksiribonukleik (DNA) yang akan dimasukkan dalam sijil kelahiran. JPN dalam kenyataannya berkata kajian menyeluruh diperlukan kerana pelaksanaan itu akan turut melibatkan agensi berkepentingan lain seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kimia Malaysia. “Terdapat aspek-aspek perundangan dan dasar yang perlu diwujudkan dan diperhalusi sebelum diputuskan pelaksanaan sepenuhnya,” kata JPN. Baru-baru ini, Menteri…










