JOHOR BAHRU 1 Sept. – Pemuda UMNO Johor mencabar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, Mohd. Hairi Md. Shah berkata, dengan cara itu barulah Dr. Mahathir boleh mengetahui kekuatan sebenar Pakatan Harapan (PH) ataupun pembangkang yang kini menerima sokongan padu rakyat. Katanya, pembangkang berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi PRU-15…










