KUALA LUMPUR 4 Sept. – Bursa Malaysia melantun semula untuk dibuka tinggi hari ini berbanding penyusutan semalam, dipacu oleh peningkatan permintaan belian terhadap saham wajaran tinggi terpilih akibat harga lebih rendah, kata peniaga. Pada 9.15 pagi ini, FTSE Bursa Malaysia KLCI naik 1.50 mata kepada 1,593.02 selepas dibuka 2.45 mata lebih tinggi kepada 1,593.97 berbanding 1,591.52 yang dicatat sewaktu ditutup semalam. Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikannya…










