KUALA LUMPUR 27 Sept. – Bursa Malaysia kekal rendah pada rehat tengah hari berikutan keadaan pasaran global yang terus diselubungi kemerosotan oleh kelembapan ekonomi, serta kekurangan pemangkin tempatan. Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.13 mata kepada 1,585.18 daripada 1,593.00 semasa ditutup semalam. Indeks dibuka 2.76 mata lebih rendah pada 1,590.24. Kedudukan pasaran secara menyeluruh menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 412…










